Kebelakangan ini kita sering diperdengarkan pelbagai isu mengenai pekerja asing yang dibangkitkan oleh media massa. Berbagai pandapat serta kenyataan diberikan oleh pelbagai pihak yang dimana ada diantaranya dianggap kurang relevan kerana ianya tidak ditelusi dan difahami terlebih dahulu.
Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia merupakan salah sebuah organisasi yang tertua di Malaysia jika dibandingkan dengan Agensi-agensi lain. Ini bermakna kedua-dua jabatan ini telah melalui pelbagai pembaharuan dalam system pentadbiran mereka melalui pengalaman yang lama mentadbir urusan-urusan jabatan ini. Sistem pengambilan pekerja asing dirasakan memenuhi ….
Kita perlu lihat kebanjiran pekerja asing di Malaysia sebagai satu cabaran kepada industri buruh di Malaysia bukannya sebagai satu threat kepada kita. Jika kita lihat dari sudut yang bebeza, mungkin kita dapat rasai bahawa berkemungkinan kebanjiran pekerja asing di Malaysia berpunca dari sikap para penganggur di Malaysia yang terlalu memilih pekerjaan dan meminta gaji yang tinggi kepada majikan sedangkan kebanyakkan industri pada masa ini terpaksa mengurangkan kos operasi perniaagaan bagi mengatasi masalah kos-kos lain yang makin meningkat.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat ramai lepasan-lepasan Institut Kemahiran dalam pelbagai Industri dan juga para-para Graduan lepasan Institusi Pengajian Awam dan Swasta, tetapi adakah mereka mempunyai Keupayaan untuk bekerja dalam bidang-bidang yang sedang di jawat oleh pekerja asing. Kebanyakkannya hanya berminat untuk menjadi penyelia atau menjawat jawatan-jawatan tinggi di Syarikat yang dimana mereka tidak pula mempunyai mencukupi pengetuan serta kemahiran yang diperlukan bagi jawatan tersebut.
Banyak perkara kita dapat pertikaikan tetapi ada perkara yang memerlukan kajian mendalam sebelum apa-apa komen di buat bagi perkara tersebut.
THE~MAMAK
Monday, November 26, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)